APA
ITU PERAYAAN ?
Perayaan adalah suatu
aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum.kebiasanya,
sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah
bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu
masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang
dianuti.
Di negara yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai jenis
perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada
tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk
menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru
Cina, Deepavali dan sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan
amalan berkongsi "perayaan" dan menghormati perayaan kaum lain.
Tambahan pula,melalui
perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita
sedikit sebanyak dapat diutuhkan.Langkah ini juga menyumbang kepada Malaysia
untuk terus membangun dan menuju kearah maju dan makmur.Sememangnya, Malaysia
merupakan negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan
bangsa.Malaysia bukan setakat sahaja terdiri daripada kaum utama seperti
Melayu,Cina dan India,malahan Malaysia juga diduduki oleh kaum-kaum minoriti
seperti Kadazan, Iban dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment